Monday 31 December 2012

Incident x sengaja tahun 2012. Welcome 2013

Hai...hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Mesti ada yang dah listkan azam untuk tahun 2013 ni kan kan?? ..Azam 2012 dah tercapai belum?.. macam i, i xde buat azam pun untuk tahun ni. Sebab kadang2 kita sendiri pun tak tahu apa yang kita mahu. Bila kita nak kita terus pasang hajat and berusaha nak capai bende tu bila2 masa saja. Cuma i ada tetapkan untuk menjadi seorang lebih baik daari sebelum ni. Apa yang menjadi kekurangan dahulu, i cuba perbaiki.. 

Ada 2 perkara besar yang berlaku secara x sengaja pada tahun ni. First pada akhir bulan 11 lalu, tanpa dirancang i telah membeli sebuah kereta. Even bukan kereta besar pun rasa bersyukur sangat dapat membeli kereta dengan duit gaji sendiri. (Tapi parents i support untuk downpayment...hehewhew :p) . Lagipun ni sume idea diorang. i xdela terfikir pun nak beli kereta sebab ada kereta secondhand yang abah beli ketika nak practical dulu. Diorang kata before kahwin elokla ada aset sikit. (entah bila nak kahwin pun xtau)Nanti dah kahwin susah sikit. Tahu x i beli kete ape??? next entryla i cite k.. just a little car. Boleh i buat review sekali. Mana tahu ada orang sedang dalam dilema nak beli keta apa.

Then second thing is braces. Tak rancang pun nak pakai braces. Dulu2 ada tapi niat tu dah hilang ditelan zaman..hahaha. Tiba2 niat tu datang balik . 26/12/2012 hari tu ada appointment ngan dentist. Ingatkan lama nak cek rupanya nganga mulut, doktor tu just tuka getah je. i pilih maroon color for getah.

Tahun 2012 banyak memberikan warna dalam hidup i and banyak pengalaman manis and pahit yang dapat mematangkan diri i yang x berapa nak matang ni..hehe. matangla sangat. Then tahun ni juga i memasuki alam pekerjaan yang penuh dengan ranjau dan liku berduri. cewah... ayat nak sastera.

Benda yang xjadi dalam tahun 2012 ni ialah tettttt...haha..rahsia ye. xleh bagitau. Kesimpulannya kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan.

lagi beberapa jam sahaja kita akan berada ditahun baru 2013. Semoga apa yang dirancang and yang dimpikan menjadi kenyataan..Amin..Tapi suma tu perlukan usaha. Kalau setakat azam je tanpa usaha, xkan tercapaila sampai bila2 pun k. 

Ok semua jumpa lagi tahun hadapan..hhaahaha.. Daa...

Monday 24 December 2012

Pengalaman Sebulan Memakai Braces

Hai Assalamualaikum.. entry kali nak share pengalaman memakai braces yg baru berusia sebulan ni. Lusa ada appointment ngan dentist. mesti dapat tukar getah kan.. hehe excited pulak.

Apa yang perlu korang prepare kalo nak pakai braces ni?.. firstly ilmu mestila ada. Masa i mula2 decide nak pakai ni, first thing i did was searching all information regarding braces and the procedures.. kita mestila kena tahu hukumnya dan akibat2 memakai braces ni. Niat kena la betul. Jangan pakai sebab nak cantik je.  

Sebenarnye memang dah lama nak pakai, tapi xde sape nak tanggung. bila dah kerja bolehla tanggung sendiri. Time mula2 tu sibuk la cari blog2 yang ada entry pasal braces. and i tell u memang sangat berguna info2 yang diorang bagi ni. Benda yang korang nak tau mesti sama ada sakit ke tak kan?.. same goes to me. Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. macam jugak braces ni. kalau korang xnak rasa sakit janganla gatal2 nak pakai kecuali terpaksa. Macam i ni, gigi i jongang sikit. Ada satu gigi yang tak selari dengan gigi lain.


Bila dah search tu..google mana2 yang patut, secara automatiknya akan membuatkan korang sume dah ready untuk berbraces..yela daripada zero, korang dah tau apa yang doktor akan buat pada gigi korang and kesannya kepada diri anda.

Prosedur nak pakai braces: 

1. find your dental clinic ( mesti korang dah survey kan clinic mana yang murah bagai) . Then, diorang akan suh korang buat X-Ray gigi.  Macam i buat kat Uitm Shah Alam je sebab lagi murah utuk X-ray ni. Amounted RM 140. If Clinic lain RM 180 xsilap)

2. first appointment. Bring the X-ray film and the dentist will examine your teeth condition. Masa ni la doktor nak decide whether ada gigi yang perlu dicabut or not. Perlu cuci or tampal ke tak.

3. Second appointment. Doktor akan cuci gigi and akan menampal mana2 gigi yang berlubang. Inilah first time i merasa gigi ditampal, time sekolah dulu x merase sebab xde gigi berlubang. satu gigi i ditampal. Rasenye sangat ngilu ok.. rase macam terkena gusi bila doktor mengorek lubang tu. Lepas abis je cuci and tampal, doktor memasukkan acuan kedalam mulut dah gigi kita ditekap ngan kuat. Rasa sakit sikit sebab mulut kt bukan besar mana pun nak bukak luas2. Lama pulak tu. Doktor siap komplen lagi banyak sangat darah sampai moulding tu penuh ngan darah. Cost masa ni RM210.

4. Third appointment. Proses pemasangan besi bermula. Bracket akan ditampal ke gigi and lastly besi halus disambungkan dari 1 gigi ke gigi. Masa ni x sakit langsung.. rilex je.. bila dah abis tu apa lagi kenala bayar deposit. RM 1500 + RM 31 untuk berus gigi(for braces) and interdental brush.


Bermula dari 30/11/2012 i menjadi salah seorg  yang bergigi besi. hehe. Masa habis je pasang tu, memang rasa lapar..Blur xtau nak makan apa. nasib baik pagi tu dah breakfast nasi goreng. Merasa jugak makan nasi . Sebab dengar cerita kalo pakai braces xleh makan nasi.Tapi kalo korang nak tau, malam tu i siap leh makan sushi lagi..walaupun x senikmat wktu xde besi, tapi dapat jugak makan kan..

Mula tu memang rasa kekok nak makan. rasa ngilu..memang xleh guna gigi hadapan sebab rasa macam x kuat. kalo makan pun banyak gunakan gigi geraham tuk mengunyah.

Sejak berbraces ni I semakin suka makan Takoyaki sebab takoyaki kan lembut.. senang nak makan + sedap. 

Forgot to mention, gigi i xde yang dicabut. Doktor kata pasang dulu, then kalo x de movement maybe kena cabut. harap2 la xde gigi yang dicabut nanti. Untuk bulan pertama ni I pilih getah yang jernih, sebab kalo boleh xnak orang notice i pakai braces. After this boleh pilih warna lain sebab dah rasa confident. 

Cantik kan warna warni


Dah nak sebulan pakai ni dah rasa macam x pakai braces pun. Mcm x terasa pun kehadiran besi ni dalam mulut. Cuma lepas makan tu memang lama nak kumur.

Teknologi
 Untuk pengetahuam semua, ada teknologi baru dimana kita xperlu pasang besi, just memakai acuan lutsinar kat gigi. so x sakit and senang dibuka bila2 masa. Tapi sudah tentu kosnya lebih mahal. RM 7000 kosnya. Jenis ni masih baru lagi di Malaysia. terdapat klinik yang sedang buat promosi untuk jenis braces ni. Sesape berminat leh la search ye. segalanya di hujung jari anda..   :p

Hope entry ni dapat memberi manfaat kepada sesape yang nak pakai braces tu. Yang penting kenala ready mental and fizikal.

P/s: Baru2 ni i ada search pasal braces ni. ada sorang mamat braces ni  cerita dia kena pasang skru kat gusi dia. ish takut pulak. de sesape tahu kenape kena pasang skru?


Saturday 17 November 2012

FINALLY I'M BACK!!!!!!!

Fuhhh....sambil tgn mengesat peluh di dahi betape leganya perasaan i setelah berhempas pulas setting itu dan ini....untuk dapatkan password personal blog i balik..............
byk yg terkandas disebabkan i terlupe password blog i sendiri....
moral of the story..save  your password to avoid this thing happen to you...
dah byk cerite yg basi jika nak ceritekan sume balik....fuhhh...hemmm...
sakit hati i...hemmm.
Hari ni hari sabtu 17/11/12 barula berjaya.. umur pun dah  meningkat naik 24 tahun pada ogos lalu. i start buat blog ni hemm kalau x silap awal tahun 2011. sekarang dah nak abis tahun 2012 dah.
jeles tau i orang lain duk update blog diorang i terpaksa tengok je...hahahaha...
x best la kalo nak update hal personal kat blogshop rasa macam x sesuai je... ada satu cerita ni nak cerita kat semua. ni cerita baru...syukur alhamdulillah semenjak bekerja tetap, banyak yang telah berlaku dalam hidup and banyak juga perkara yang telah dilalui yang memberi impak ke dalam diri.
dah nak tahun 2013 kan...walaupun baru bulan 11 i dah ada azam untuk tahun 2013 ni. tapi ni kira bukan azam jugakla..lebih kepada impian yang ingin dicapai or wishlist. 

Perasan tak blog ni belum ada follower lagi..hewhewhew...kepada yang blogwalking tu , sudi2la memfollow blog ni. insyaAllah saya akan follow balik.

di sebabkan sekarang ni dah terlalu lewa malam even esok cuti pun, i nak tidur dah.
lagi satu i nak try taip dengan ejaan yang penuh setiap kali update blog... harap i berjaya..kihkihkih.