Monday 28 January 2013

Supplement tambahan..perlu ke x perlu?

Hai assalamualaikum.. apa kabar semua..ke mana korang pergi cuti ni?. Me and family balik kampung di  Ipoh Perak and baru je pulang dari sana tengahari tadi. Petang tadi sempat juga pergi gym di seksyen 7 yang khas untuk perempuan je tu.. kat situ xpayah nak malu2 kalo nak joget sana joget sini sebab semua perempuan k. No worries..  :) . 

Cakap pasal tajuk entry i pada hari ni, dulu i rasa i x nak bergantung pada supplement2 ni. Yela dulu muda remaja lagi. Sekarang ni pun hormon macam xstabil je so terpaksa la i cari supplement apa yang sesuai untuk i. Then sorang officemate ni kebetulan dia cerita pasal satu produk ni. Dia baru sebulan ambil produk ni and alhamdulillah dia kata ok. Period pun on time bila makan supplement ni. Sebenarnya dah lama i dengar pasal produk ni cuma xdala rasa nak pakai sangat sebab xde pape masalah masa tu. Pastu lagi senang sebab sorang lagi officemate i jaul produk ni. So senang la nak beli. I pun apa lagi i pun beli kat dia. Sekarang ni baru beberapa hari guna and of course xkan nampak hasil dia lagi.

Produk tu ialah Virgin Coconut Oil or VCO from Catalyst. 

Ni I punya gambar VCO ye.


 Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO :
 
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Semua ni sumber dari Encik Google ye..Banyak lagi info korang leh dapat.  Nanti after sebulan lehla i review pasal VCO ni. Whether berkesan ke tak kat i. I ada gak try sapu kat muka. mula2 tu rasa x selesa sebab VCO ni kan dari minyak. Bila sapu kat muka rasa bertambah oily la muka kita ni kan. Tapi lepas basuh ok je. VCO ni murah je RM39.90. Salah satu sebab nape i pilih produk ni.:p

Dulu2 memang i tak berani nak cuba mana2 supplement tapi bila umur makin meningkat kita makin perlukan semua ni untuk support body kita. Ish macam dah tua sangat je kan cara i cakap kan. Baru nak masuk 25 ok.. hehehe.

Ok till then kita berjumpa lagi di lain entry

Mari mengamalkan sharing is caring.. (><,)  


P/s: Selamat pengantin baru to 1 of my uni frien Nadiana Adami . semoga bahagia hingga akhir hayat. Lagi sorang bakal menyusul february ni . :) 

Thursday 24 January 2013

Fivers Hijabis Giveaway II by Izni Najwa

 

Assalamualaikum semua, salam maulidur rasul... Cuti ari ni x ke mana2 pun. Just keluar pergi makan je. Ari ni  buka blog tengok kak Jehan telah tag i untuk sertai giveaway yang dibuat oleh Izni. Thanks ya Kak Jehan. Ni blog kak Jehan klik sini

Hemm cara2 nak sertai giveaway ni ialah :-
  • Wajib Follow blog Izni (SINI)  dan like fanpage baru Izni (SINI) *bagi f/pge tiada paksaan*
    • Buat entry " Fivers Hijabis Giveaway II " , letak banner kat atas tu dlm entry korang dan backlink ke entry ni.
    • Tag 2 orang rakan blogger *pastikan mereka tahu*
    • Berikan sedikit pendapat/quotes tentang Hijab. Contoh : I Love Hijab*pendek pun dah cukup. Apa susah google je kan senang. *SUNAT (tak nak buat pun x pe)*
    • Letak link entry di comment box 


    Cara Pemilihan Pemenang :
    - Cabutan Bertuah (Random.org / Cabutan Tangan)
    - Tag paling ramai  *pastikan mereka semua tahu*
    - 25 Peserta terawal
    - Quotes paling menarik
*  Fivers Hijabis Giveaway II ini akan tamat pada 15 / 02  / 2013 * 


I love hijab because you will not be a perfect muslimah without it. If we are a Muslim, it is a must to cover your Aurah which it will protect you from evil and harm. Last but not least its make you look more beautiful  (",) ~~~ 


Ok i nak tag syirarr chan & Puteri

Ni first time i sertai giveaway untuk personal blog ni tau. Hehehe. Kalau menang ni best jugak. 

(><,)


Thursday 17 January 2013

work vs study

Hai all...assalamualaikum..  teringat dulu time sambung degree rase menyesal smbung..nak keje la. Baru ada duit poket sendiri. senang xyah nak minta2 pada parents. Tapi bila terfikirkan zaman sekarang ni susah nak cari kerja, sambung jugak degree. Degree accounting pulak tu. Accounting bukanla satu subjek kegemaran tambahan pula memang x minat. tapi maybe Allah dah tetapkan rezeki i lebih terarah ke accounting. Dulu masa sekolah minat sains tapi disebabkan PMR math x cukup syarat nak masuk sains i pun dapatla account( memang xminat masa tu) xleh nak buat apa. Adik2 kat luaar sana pastikan PMR tu bagus ok, so adik2 dapat pilih kelas yang diminati. So Go on je la. Pastu bila abis SPM apply account. Then dapat sambung diploma Perakaunan. Degree pulak apply jugak account dapat la account jugak. Tapi alhamdulillah, dalam xminat tu still grad on time. Then bila kerja pun terpaksa minta kerja account kan? .  Kalo x balik lambat xsah. Tapi kalo rasa sume kerja dah siap on time, boleh je balik cepat.

Bila dah keje barula rasa time study lagi best. Nak tahu kenape? . Kalo kerja ni kita mesti kene siapkan kerja. If time study dulu, xsiap assignment pun xpe..xbuat xdapat markah je.. hehe. Then kalo lecturer tu baik dia bagi buat replacement quiz ke kan.. then, kalo dulu xnak gi kelas pun xpe, tapi bila dah keje kene datang keje jugak, lagi2 kalo keje dah berlambak, time closing memang xdapatla nak cuti. Lagi satu kalo account xbalance kene balancekan, barula kerja dikira siap.  Time study dulu, balance ke x balance ke still kene hantar jugak. Paling x best ialah bila buat bank recon ada variance, mengadapla pc tu sampai nak muntah cari mana silapnye. Kalo xsiap bank recon ni, alamatnye tergendala la kerja lain yang sepatutnye kena buat ari tu. Banyak cabaran masa kerja ni. Stress jangan cakapla. Sampai hormon pun dah xstabil. Jerawat makin bertambah. Ni baru nak masuk setahun kerja.  Rasanya nak exam dulu pun xstress macam ni. Tapi bila kerja dah settle on time, things back to normal again. Lehla sembang2 ngan ofismate. Gelak sane gelak sini. 

sume dah balik :( ..tapi muka i hapy je kan..haha



Sekarang ni rasa terdetik nak sambung belajar. Rasa nak try bidang lain pulak. Jika diizinkanNya. 


rakan sekelas @ kampus bandaraya melaka ..still hangout together.. uolls made my day.

Christmas Lunch

Time lunch ni la kita nak enjoy2.. ofismates sume best2


Ada masa, i akan terfikir kenapa macam ni, nape macam tu.Buat semua, kita perlu muhasabah diri kenapa kita perlu hadapi semua ini. Inilah yang dinamakan lumrah hidup or realiti yang perlu kita semua hadapi. Kalo difikirkan balik, semu yang berlaku adalah pengalaman yang akan mematangkan diri kita, Seiring dengan peningkatan usia, makin banyak ilmu atau asam garam kehidupan yang dapat kita kutip.

Sesiapa yang sedang dalam zaman study tu, hargaila setiap masa sepanjang korang bergelar student, kerana for sure korang akan rindu pada masa itu bila dah bekerja nanti. Penuhila hari korang dengan aktiviti2 yang dapat memberi manfaat pada masa akan datang n dapat memberi kenangan manis dalam hidup. 

p/s: satu hari satu ilmu, satu hari satu pengalaman

(> <)
 

Friday 11 January 2013

HAti

Bahagia sebenarnye bukan memiliki semua yang kita sayangi 

tapi bahagia sebenarnye menyayangi semua yang kita miliki..

Monday 7 January 2013

korang dah try? sedap..

Assalamualaikum..hari ni habaq mai hangpa semua tentang 1 bende ble dah minum mesti nak minum lagi.. sedap pun sedap. kalo x minum sehari rase x lengkap pulak. Korang tahu x Alsd2?.. sape yang xtahu Alsd2 tu ialah singkatan dari Alpha Lipid Slim Diet 2. Untuk pengetahuan korang i pun minum jugak. Almaklum la badan pun xslim, so nak jugak merasa slim ni. Walaupun jauh lagi nak capai, nak share jugak.



Alsd2 ni ialah susu yang berasaskan soya and untuk yang repackage ni dia dah masukkkan extract green tea yang mana dapat membantu mengurangkan berat badan. Bagi sesape yang jenis x minum susu tu sesuai sangat kalo nak try produk ni sebab rasanya x macam susu, lebih kepada rasa soya. Bagi i rasanya sedap and xde la rasa loya macam susu biasa tu. Ada lebih kurang 2 minggu jugak i minum tetapi x berapa disiplin. Sepatutnya kene minum 4 kali sehari tapi kadang2 i minum 2 kali je. Then kalo nak amalkan diet ni kena kurangkan makan karbohidrat and gula. I x ikut sebab tu dapat kurangkan 1 kg je. Bayangkan kalo i disiplin kan diri ikut semua apa yang dicadangkan mesti lebih banyak kg yang berjaya dikurangkan.

Minggu ni start balik and nak disiplinkan diri. Harap berjayala ye. Before gerak gi keja i bancuh dulu 1 botol 250 ml, then masa drive bila berhenti kat traffic light( traffic light tu memang lame giler), i minumla. Then waktu lunch sekali, before balik keje kul 6 minum lagi and lastly sebelum tidur.

Ni masa kat office pagi, if xsempat minum waktu kat traffic light.. hehe.. sedap..

 If korang berminat nak beli harganya 
RM180 -untuk bukan ahli
RM150 -untuk ahli (untuk menjadi ahli perlu bayar yuran keahlian RM 60 untuk seumur hidup)

Sesiapa yang berminat leh emel kat i nadiahizyan@yahoo.com

Ada promotion ni bagi yang pertama kali nak try, beli 1 tin dapat free postage . Promotion hanya sampai 31 January 2013 ye. Untuk maklumat lanjut pasal produk ni leh klik link ni ALSD2 

Tak rugi kalo kt try kan?. Kawan i ada try Herbalife. Don't know why dia cakap ngan i nak try ALSD2 pula. One more thing, seorang kawan lelaki i juga amalkan Alsd2 ni. Alhamdulillah memang berkesan. Sampaikan lecturer dia tegur kenapa leh kurus mendadak ni. 

P/s: RM 150 je untuk ahli. Ok la tu kan...


(^^,)





Saturday 5 January 2013

Hyundai i10 : Pilihanku



Hai assalamualaikum semua.. harap semua2 ni sihat belaka and ceria selalu walaupu empunya badan x ceria and runsing sekarang ni . Hari ini nak buat review pasal kereta yang baru dipakai sebulan lebih lepas. Tengok tajuk pun tau kan kereta apa.  

Mak: Kakak xnak beli kete ke? daripada duit tu asyik beli bende xberfaedah baik bayar bulan2 duit keta. 

I: Ok jugak kan. Nak beli kete apa? Hemm.. kete kecik jela. Malas nak pakai keta besar mampu ke?haha. Susah nak parking and menyelit.

Then satu hari bila berhenti di traffic light di satu jalan, tiba2 1 i10 kete warna champagne brown melintas dihadapan. i pun bermonolog " cute jugak i10 ni ye" . Kalau dah perempuan tu perempuan jugakla. suka bende comel. Then terus tiba2 nak kete tu. Balik rumah tu terus search pasal i10. 

Satu hari gi shopping  kat Carrefour Shah Alam, ada pulak promotion kereta brand Hyundai. Tapi waktu tu hanya kereta Hyundai Sonata sahaja yang dipamerkan. I pun tengok2 la brochure kat situ mana tau ada brochure i10. Memang ada pun.  Usha2 la apa yang best. Lepas tu terus tunjuk kat mak berkenan ngan 1 color ni. 

Gambar semata- mata




Salesman pun tiba2 muncul entah dari mana, tadi xde. Dia pun cakapla sekarang ni ada promotion untuk i10. He said if u buy Hyundai i10 now  u will enjoy 5 years or 300,000k warranty, FREE service for 3 years or 60,000km and Complimentary 24/7 Roadside Asssit. I pun rasa excited.  Then another day we go to Hyundai showroom located at Glenamarie.

Stop pasal tu, kita cerita pasal kete ni pulak. Setakat ni bawak memang sangat ok. Rasa selesa je bawak and fuel comsumption ( FC) ok. Masih mampu lagi. tapi nak bagitahu xdela sejimat viva or kelisa. before this i pernah bawak kelisa so i tahu kete ni memang jimat minyak. FC ni bergantung kepada berapa CC kerete tu. Macam i punya i pakai 1248 CC or 1.25 . Kappa engine which is the latest engine use for i10. Bukan engine lama yang epsilon tu. Epsilon tu adalah enjin yang sama dengan Hyundai Atos. Dengar cerita Hyundai Atos ni banyak problem.  Bila seminggu pakai tu rasa kereta ni slow pickup sikit. Lama kelamaan pickup dia macam dah ok. Kita dah pandai nak adjust camna.  Hari tu ada drive kete ni dari Shah alam ke Kuala Kangsar memang ok.
Selepas gi wedding kawan di Kuala Kangsar singgah sebentar di Uitm Seri Iskandar melepaskan rindu setelah 4 thun lebih x kesana.
Sepanjang perjalanan rasa stable je. Handling is very good. Minyak pun ok. Isi RM 30 dah leh sampai sana. Teringin nak test bawak 140 km/h +++  masa kat highway tapi xberani nak buat sebab kan ada AES. Karang xpasal2 kene bayar saman. Eee xmaula membazir duit bayar saman. Dari segi cabin pulak i10 ni macam diantara Viva N Myvi. Besar sikit dari viva and kecik sikit dari Myvi. 

Bahagian dalam

Seperti yang i baca banyak commen pasal resale value. Actually i xkisah sangat pasal resale value tu sebab kita beli kete bukan untuk jual balik especially dalam masa terdekat. kete ni kita boleh turunkan kepada orang lain spt family ke, lets say kita nak beli kete lain. Then lagi satu, as told by salesman, Hyundai dah produce sendiri sparepart kat Malaysia, so xyah risau sparepart susah nak cari ke apa. Lagi 1 sebab apa i pilih Hyundai ialah kerana my parents use Hyundai Matrix and that car give comfortable ride and dont give problem so far. So i berani beli kete Hyundai ni.

 For more informtion leh klik link ni ye Paultan.org.hyundaii10.

Overall i satisfied ngan kete ni.  So i harap dapat membantu sesiapa yang dalam dilema nak beli kete tu. Dalam fikiran anda mugkin macam ni  i10 vs Myvi vs Mirage vs viva and whatsoever. Tepuk dada tanya selera. Tapi kalo kita nak bende tu, kita mesti nak jugak kan x kira orang cakap apa pun kan? 

Till then, Jumpa lagi.

P/s:  When life is not as expected, we feel down and give up, but surely there is reason behind that.