Tuesday, 9 April 2013

When my friends are married :p

Hai assalamualaikum...


cer tengok ni   ---------


nazihah, me, marinah, mariam, shida n bell :) . jadi kanak2 ribena jap

Minggu lepas memang bz.. kawan2 sume nak kahwin dah. korang pun mesti x menang tgn nak hadiri semua majlis kawan2 kan?. Pada hari sabtu 6/4/13 merupakan tarikh keramat bagi kawan i yang bernama Ann kerana pasa tarikh itu , Ann telah selamat menjadi isteri kapada Hafiz.. tahniah Ann! moga bahagia ke akhir hayat. Kami geng2 dari Uitm Melake sepakat nak pakai baju ikut tema. Pengantin memilih warna oren, so kami decided pilih warna peach agar nampak lain sikit dari warne tema pengantin.. macam2 hal happened dalam proses nak siapkan bju tu. Nasib baik i punya ok je. siap on time. My friends ada yang cakap xsempat siaplah, ada yang belum potong kain lah sebab dia punya taylor kematian ibu. Al-fatihah. So mesti xdapat nak siapkan baju on time. So nasib baik dapat cari taylor n kene siapkan siapkan dalam seminggu je. Apalagi terpaksala bayar mahal sikit, Then ada yang nak buat design lain tapi lain pulak yang jadi. Haha macam2. Last2 sume berjaya pakai baju yang sama.

Majlis berlangsung pada 7/4/13 ahad kat Klang di Kampung Delek Baru. Best suasana kat situ sebab macam rase kat kampung je. Pagi tu tunggu kawan I datang rumah, then dalam kul 10.30 pagi bergerak ke Klang. Lagi 3 orang kawan2 dah selamat ade kat rumah pengantin. Diorg bermalam disana.

This is the bride & groom..tadaaa....


Majlis pernikahan




Majlis Persandingan


 Penat bergambar sume apalagi masa untuk makan..



 Silalah layan gambar ni ye..

before pengantin lelaki sampai..



feeling2 jap...btw this shawl i bought online at scarffey :) shawl tribal sgt 'in' siap ni.

 
dapat lagi wedding inviation. tahun ni memang our batch kahwin la nampaknye

tengah sembang2, pengantin cakap nanti leh ikut outdoor photoshoot.. photographer kata bawak je sesape. ktorg pun excitedla. pantang diajak bergambar.

yeah outdoor photoshoot. Our location at taman Shah Alam sebelah Mahkamah. 

Agaknya memang menjadi tempat pengantin bergambar kat situ ye. kitorg sampai je ade 2 couple pengantin sedang bergambar. then bila masuk je taman tu lagi ramai rupenya pengantin. Best tengok pengantin2 ni dengan design baju and warna yang berlainan. memang syokla tgk.

semua berangan ala2 model gitu... :p




ish asal tarik2 ni. taula jadi rebutan ramai.. he muntah jap.










Lace tu i beli onlibe jugak. susah betul nak cari border lace ni. Kat shah alam yang ade rasenye kat Jakel je. taula jakel tu mahal. xsanggup den nak beli border lace rm400 semeter. then kawan suggest beli online je. akhirnye jumpe yang berkenan.

BIla tengok balik sume gambar2, memang akan gelak sorg2 bile teringat waktu tu. Klakar. Ade satu scene my friend terpaksa berlari sebab set her tab to self timer sebab xde orang nak ambil gambar. Photographer masih bz lagi tgh ambil gambar pengantin. ktorg pun sambil tu cam-whore la. Sebab nak masuk semua dalam gambar, si bell ni terpaksa berlari n posing secepat mungkin.

The last saturday, one of my friend pun ade buat majlis di wisma MBSA. This event i attended with my family because kitorg ni dulu satu penjaga. Tikah namenya. Dia ni lah kawan sepermainan dulu.

candy bar

one by one dah mendirikan rumahtangga.. i bile lagi? kita tgu dh lihat jela. :)
okla. waktu tuk tido. till then see you :)

Friday, 8 March 2013

colostrum? apa tu?

Hai Assalamualaikum semua...lama pulak xupdate blog ni. Banyak cerita nak kongsi tapi masa x mengizinkan.. Ada satu soalan yang i keep wondering apa bende tu yang orang selalu sebut-sebut tu. The question is Apa itu Colostrum? . hemm i pun mula mengetahui bila dah terjebak dalam bisnes ni, Semakin umur kita meningkat semakin tinggi health conscious kita. Same goes to me. Lebih-lebih lagi i ni bukan jenis yang suka minum susu. Bau dia pun i xtahan inikan pulak nak minum.. pelik tapi benar. Waktu kecik ok je, bila dah besar memang xleh telan susu. Susu lembu ye. Bukan lembu je kambing ke..memang xleh minum..Waktu kecil pun mak selalu bagi susu milo..xtaula susu apa yang mak guna. Then setelah dipertemukan dengan produk ni, inilah masa untuk i dapatkan nutrien dari susu lembu ok.. Bila lagi kan..nanti dah tua tulang reput sana reput sini.  (Insha Allah kalo umur i panjangla). 
Now every morning after subuh i take 2 capsules per day. kita kene consume waktu perut kosong.


 Dalam bentuk cairan pun ada. Untuk peminat susu lembu boleh ambil dalam tin ye.

 Kelebihannya ia mengandungi colostrum yang sangat baik untuk badan kita.
Dibawah adalah maklumat tentan colostrum yang i ambil dari website New Image.

Colostrum adalah 'makanan utama semula jadi' yang sebenar. Ia adalah bendalir susu awalan yang mana semua mamalia betina memberikan kepada bayi yang baru lahir pada beberapa hari pertama selepas kelahiran.
Colostrum adalah kompleks koktail tertinggi untuk kepentingan imun dan factor pembesaran yang diperlukan oleh bayi untuk melindungi dirinya daripada pendedahan jangkitan penyakit, dan membantu dengan pembangunan kelahiran baru kuat dan orang dewasa yang sihat.
Bayi manusia memperolehi keimunan mereka semasa didalam rahim sebelum kelahiran, menerima factor imun melalui plasenta. Penyusuan ibu akan memberi perlindungan tambahan, dimana menerangkan mengapa menyusukan bayi secara umumnya lebih sihat daripada semua penyusuan melalui botol susu.
Lembu-lembu mesti membekalkan keimunan dan factor tumbesaran kepada anak-anak lembu didalam colostrum seperti mana mereka tidak menerima apa-apa semasa didalam rahim. ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan bahawa colostrum lembu-lembu mengandungi lebih dua kali faktor keimunan daripada colostrum manusia.
Kerana colostrum adalah bukan spesies khusus, ia ternyata boleh memberi kelebihan kepada semua mamalia yang lain, termasuklah manusia.
Selama berabad colostrum yang diambil daripada haiwan telah digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa.
masyarakat India telah menggunakannya sebagai tradisi remedi selama beratus tahun. Kajian selama dua dekad yang lalu telah membuktikan bahawa bovine (lembu) colostrum adalah salah satu makanan tambahan semula jadi yang paling berkesan boleh didapati untuk menyokong sistem keimunan. Ia juga dikenali dengan baik untuk penambahan pembaikan tisu.
Satu bahan kompleks, colostrum mempunyai banyak komponen, dimana semua mempunyai tujuan yang spesifik dan bertindak. Bersama ia mencipta 'makanan hebat' yang baru dimana boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Catatan: New Image colostrum dipeolehi daripada pastura makanan lebu, dimana hanya meragut pada peticide, hormon, antibiotic, dan BSE ladang bebas, di New Zealand.

For your information..this product juga sangat elok diambil oleh para ibu mengandung.

I ambil produk ni jugak kerana ingin mengubati masalah resdung i ni. Pagi2 kat office mesti bersin. Kalo X bersin x sah. So i try produk ni. Kita berusaha Allah yg menentukan. Yang buruk datang dari diri sendiri, yang baik datang dari Allah.

Oklah till then jumpa lagi.. :)

Tuesday, 12 February 2013

Obsesi- Online Shopping!!

Assalamualaikum, hai semua..tahun baru cina ni mesti ramai yang balik kampung kan? me too.. baru sahaja balik from Ipoh, my opah's house. Tahun ni jiran rumah opah sambut dengan meriah. Malam tahun baru, mereka mulakan dengan memasang mercun papan kalo x silap yang mereka selalu gantung tu. then after mercun papan tu , diorang bakar pulak bunga api yang besar macam tahun baru tu. best giler dapat tumpang tengok..hehe. 


Entry kali ni ialah pasal obsesi I yang suke online shopping! rasanya bukan I je kan yang suke online shopping ni. Best wo bila satu ari tu kita terima parcel kat office, rasa excited sepanjang hari. X sabar nak buka parcel tu. Dulu trend beli Thepoplook.com tu. Bila dah start beli, mesti lepas tu asyik nak beli je. Sekarang ni dah banyak koleksi Thepoplook. Dari maxi dress hinggla ke blouse. Harganya pun boleh tahan. Takdela mahal sangat. Bajunya juga banyak yang sopan dan menutup aurat. So sangat sesuai tuk muslimah2.

Cer tengok gambar kat bawah ni. Banyak kan yang I dah beli kat poplook ni.
ni baru separuh baju yang I beli ni. ada lagi..kalo dah start beli, memang asyik nak beli je.

one of shoes bought from Agape Boutiqe. Around RM 50 je.

For shoes pulak, I suka beli di Agape Boutique. Dengarnya Agape Boutique dah ada kedai di alam nyata ni. hehe. Best kasut dia banyak pilihan and affordable. Kalo dah usha kasut dia, memang xsah kalo x beli. Sume ada wedges, high heel, flat and boot. Agape boutiqe offer pre-order which we need to pay then wait for 2-3 weeks to receive our order because they import from China. Sesape yang xnak tunggu lama tu boleh beli direct kat kedai yang terletak di Farenheit 88 xsilap.

excited bila dah sampai office :)

Currently, I dah terobses dengan Groupon Malaysia. Groupon ni offer kita barang, makanan or servis dengan harga diskaun. Abisla duit I mengalir macam air. Xpayah keluar rumah pun duit boleh abis macam tu je. I baru sahaja beli GPS Garmin Nuvi 40 dengan harga RM384.50 . I beli 2 unit which the total is RM 769. Kebetulan kawan i pun nak beli sekali. Beli 2 lagi jimat. 
 Sila klik link dibawah untuk lihat lebih detail pasal GPS ni. Lepas ni xdelah I sesat. KL pun xlepas lagi tau I ni even duk kat shah alam je.


GPS Garmin Nuvi 40  


Hemm..korang macam mana pulak?. Online shop mana yang k=menjadi pilihan korang tuk shopping?. Kat bawah ni I senaraikan link2 blog or web yang i selalu shopping.

1. The Poplook
2. Agape Boutiqe
3. Groupon Malaysia
4. Sayasukashawl :p (perlu ke?)haha

Oklah sampai sini saje I membebel. Esok kene kerja setelah 2 hari public holiday. Nak xnak sume orang kene kerja ye. 

Till then , see you all again.. :)


Monday, 28 January 2013

Supplement tambahan..perlu ke x perlu?

Hai assalamualaikum.. apa kabar semua..ke mana korang pergi cuti ni?. Me and family balik kampung di  Ipoh Perak and baru je pulang dari sana tengahari tadi. Petang tadi sempat juga pergi gym di seksyen 7 yang khas untuk perempuan je tu.. kat situ xpayah nak malu2 kalo nak joget sana joget sini sebab semua perempuan k. No worries..  :) . 

Cakap pasal tajuk entry i pada hari ni, dulu i rasa i x nak bergantung pada supplement2 ni. Yela dulu muda remaja lagi. Sekarang ni pun hormon macam xstabil je so terpaksa la i cari supplement apa yang sesuai untuk i. Then sorang officemate ni kebetulan dia cerita pasal satu produk ni. Dia baru sebulan ambil produk ni and alhamdulillah dia kata ok. Period pun on time bila makan supplement ni. Sebenarnya dah lama i dengar pasal produk ni cuma xdala rasa nak pakai sangat sebab xde pape masalah masa tu. Pastu lagi senang sebab sorang lagi officemate i jaul produk ni. So senang la nak beli. I pun apa lagi i pun beli kat dia. Sekarang ni baru beberapa hari guna and of course xkan nampak hasil dia lagi.

Produk tu ialah Virgin Coconut Oil or VCO from Catalyst. 

Ni I punya gambar VCO ye.


 Antara Kebaikan/Khasiat Catalyst VCO :
 
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Semua ni sumber dari Encik Google ye..Banyak lagi info korang leh dapat.  Nanti after sebulan lehla i review pasal VCO ni. Whether berkesan ke tak kat i. I ada gak try sapu kat muka. mula2 tu rasa x selesa sebab VCO ni kan dari minyak. Bila sapu kat muka rasa bertambah oily la muka kita ni kan. Tapi lepas basuh ok je. VCO ni murah je RM39.90. Salah satu sebab nape i pilih produk ni.:p

Dulu2 memang i tak berani nak cuba mana2 supplement tapi bila umur makin meningkat kita makin perlukan semua ni untuk support body kita. Ish macam dah tua sangat je kan cara i cakap kan. Baru nak masuk 25 ok.. hehehe.

Ok till then kita berjumpa lagi di lain entry

Mari mengamalkan sharing is caring.. (><,)  


P/s: Selamat pengantin baru to 1 of my uni frien Nadiana Adami . semoga bahagia hingga akhir hayat. Lagi sorang bakal menyusul february ni . :) 

Thursday, 24 January 2013

Fivers Hijabis Giveaway II by Izni Najwa

 

Assalamualaikum semua, salam maulidur rasul... Cuti ari ni x ke mana2 pun. Just keluar pergi makan je. Ari ni  buka blog tengok kak Jehan telah tag i untuk sertai giveaway yang dibuat oleh Izni. Thanks ya Kak Jehan. Ni blog kak Jehan klik sini

Hemm cara2 nak sertai giveaway ni ialah :-
  • Wajib Follow blog Izni (SINI)  dan like fanpage baru Izni (SINI) *bagi f/pge tiada paksaan*
    • Buat entry " Fivers Hijabis Giveaway II " , letak banner kat atas tu dlm entry korang dan backlink ke entry ni.
    • Tag 2 orang rakan blogger *pastikan mereka tahu*
    • Berikan sedikit pendapat/quotes tentang Hijab. Contoh : I Love Hijab*pendek pun dah cukup. Apa susah google je kan senang. *SUNAT (tak nak buat pun x pe)*
    • Letak link entry di comment box 


    Cara Pemilihan Pemenang :
    - Cabutan Bertuah (Random.org / Cabutan Tangan)
    - Tag paling ramai  *pastikan mereka semua tahu*
    - 25 Peserta terawal
    - Quotes paling menarik
*  Fivers Hijabis Giveaway II ini akan tamat pada 15 / 02  / 2013 * 


I love hijab because you will not be a perfect muslimah without it. If we are a Muslim, it is a must to cover your Aurah which it will protect you from evil and harm. Last but not least its make you look more beautiful  (",) ~~~ 


Ok i nak tag syirarr chan & Puteri

Ni first time i sertai giveaway untuk personal blog ni tau. Hehehe. Kalau menang ni best jugak. 

(><,)


Thursday, 17 January 2013

work vs study

Hai all...assalamualaikum..  teringat dulu time sambung degree rase menyesal smbung..nak keje la. Baru ada duit poket sendiri. senang xyah nak minta2 pada parents. Tapi bila terfikirkan zaman sekarang ni susah nak cari kerja, sambung jugak degree. Degree accounting pulak tu. Accounting bukanla satu subjek kegemaran tambahan pula memang x minat. tapi maybe Allah dah tetapkan rezeki i lebih terarah ke accounting. Dulu masa sekolah minat sains tapi disebabkan PMR math x cukup syarat nak masuk sains i pun dapatla account( memang xminat masa tu) xleh nak buat apa. Adik2 kat luaar sana pastikan PMR tu bagus ok, so adik2 dapat pilih kelas yang diminati. So Go on je la. Pastu bila abis SPM apply account. Then dapat sambung diploma Perakaunan. Degree pulak apply jugak account dapat la account jugak. Tapi alhamdulillah, dalam xminat tu still grad on time. Then bila kerja pun terpaksa minta kerja account kan? .  Kalo x balik lambat xsah. Tapi kalo rasa sume kerja dah siap on time, boleh je balik cepat.

Bila dah keje barula rasa time study lagi best. Nak tahu kenape? . Kalo kerja ni kita mesti kene siapkan kerja. If time study dulu, xsiap assignment pun xpe..xbuat xdapat markah je.. hehe. Then kalo lecturer tu baik dia bagi buat replacement quiz ke kan.. then, kalo dulu xnak gi kelas pun xpe, tapi bila dah keje kene datang keje jugak, lagi2 kalo keje dah berlambak, time closing memang xdapatla nak cuti. Lagi satu kalo account xbalance kene balancekan, barula kerja dikira siap.  Time study dulu, balance ke x balance ke still kene hantar jugak. Paling x best ialah bila buat bank recon ada variance, mengadapla pc tu sampai nak muntah cari mana silapnye. Kalo xsiap bank recon ni, alamatnye tergendala la kerja lain yang sepatutnye kena buat ari tu. Banyak cabaran masa kerja ni. Stress jangan cakapla. Sampai hormon pun dah xstabil. Jerawat makin bertambah. Ni baru nak masuk setahun kerja.  Rasanya nak exam dulu pun xstress macam ni. Tapi bila kerja dah settle on time, things back to normal again. Lehla sembang2 ngan ofismate. Gelak sane gelak sini. 

sume dah balik :( ..tapi muka i hapy je kan..haha



Sekarang ni rasa terdetik nak sambung belajar. Rasa nak try bidang lain pulak. Jika diizinkanNya. 


rakan sekelas @ kampus bandaraya melaka ..still hangout together.. uolls made my day.

Christmas Lunch

Time lunch ni la kita nak enjoy2.. ofismates sume best2


Ada masa, i akan terfikir kenapa macam ni, nape macam tu.Buat semua, kita perlu muhasabah diri kenapa kita perlu hadapi semua ini. Inilah yang dinamakan lumrah hidup or realiti yang perlu kita semua hadapi. Kalo difikirkan balik, semu yang berlaku adalah pengalaman yang akan mematangkan diri kita, Seiring dengan peningkatan usia, makin banyak ilmu atau asam garam kehidupan yang dapat kita kutip.

Sesiapa yang sedang dalam zaman study tu, hargaila setiap masa sepanjang korang bergelar student, kerana for sure korang akan rindu pada masa itu bila dah bekerja nanti. Penuhila hari korang dengan aktiviti2 yang dapat memberi manfaat pada masa akan datang n dapat memberi kenangan manis dalam hidup. 

p/s: satu hari satu ilmu, satu hari satu pengalaman

(> <)
 

Friday, 11 January 2013

HAti

Bahagia sebenarnye bukan memiliki semua yang kita sayangi 

tapi bahagia sebenarnye menyayangi semua yang kita miliki..