Monday 31 December 2012

Incident x sengaja tahun 2012. Welcome 2013

Hai...hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Mesti ada yang dah listkan azam untuk tahun 2013 ni kan kan?? ..Azam 2012 dah tercapai belum?.. macam i, i xde buat azam pun untuk tahun ni. Sebab kadang2 kita sendiri pun tak tahu apa yang kita mahu. Bila kita nak kita terus pasang hajat and berusaha nak capai bende tu bila2 masa saja. Cuma i ada tetapkan untuk menjadi seorang lebih baik daari sebelum ni. Apa yang menjadi kekurangan dahulu, i cuba perbaiki.. 

Ada 2 perkara besar yang berlaku secara x sengaja pada tahun ni. First pada akhir bulan 11 lalu, tanpa dirancang i telah membeli sebuah kereta. Even bukan kereta besar pun rasa bersyukur sangat dapat membeli kereta dengan duit gaji sendiri. (Tapi parents i support untuk downpayment...hehewhew :p) . Lagipun ni sume idea diorang. i xdela terfikir pun nak beli kereta sebab ada kereta secondhand yang abah beli ketika nak practical dulu. Diorang kata before kahwin elokla ada aset sikit. (entah bila nak kahwin pun xtau)Nanti dah kahwin susah sikit. Tahu x i beli kete ape??? next entryla i cite k.. just a little car. Boleh i buat review sekali. Mana tahu ada orang sedang dalam dilema nak beli keta apa.

Then second thing is braces. Tak rancang pun nak pakai braces. Dulu2 ada tapi niat tu dah hilang ditelan zaman..hahaha. Tiba2 niat tu datang balik . 26/12/2012 hari tu ada appointment ngan dentist. Ingatkan lama nak cek rupanya nganga mulut, doktor tu just tuka getah je. i pilih maroon color for getah.

Tahun 2012 banyak memberikan warna dalam hidup i and banyak pengalaman manis and pahit yang dapat mematangkan diri i yang x berapa nak matang ni..hehe. matangla sangat. Then tahun ni juga i memasuki alam pekerjaan yang penuh dengan ranjau dan liku berduri. cewah... ayat nak sastera.

Benda yang xjadi dalam tahun 2012 ni ialah tettttt...haha..rahsia ye. xleh bagitau. Kesimpulannya kita hanya merancang. Allah jua yang menentukan.

lagi beberapa jam sahaja kita akan berada ditahun baru 2013. Semoga apa yang dirancang and yang dimpikan menjadi kenyataan..Amin..Tapi suma tu perlukan usaha. Kalau setakat azam je tanpa usaha, xkan tercapaila sampai bila2 pun k. 

Ok semua jumpa lagi tahun hadapan..hhaahaha.. Daa...

No comments:

Post a Comment

respon baik anda dihargai :)